Remaja lemas, empat adik beradik lain sempat diselamatkan ayah

Operasi mencari remaja perempuan yang lemas kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat.- Foto JBPM
Operasi mencari remaja perempuan yang lemas kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat.- Foto JBPM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang remaja perempuan lemas manakala empat adik beradik yang lain berjaya diselamatkan ayah mereka di kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan II Khairul Anwar berkata, semua mangsa difahamkan sedang mandi dan memancing dengan keluarga.

Menurut beliau, 10 anggota bersama jentera digerakan selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.38 petang.

"Bapa mereka berjaya menyelamatkan empat anaknya namun gagal menyelamatkan mangsa yang berusia 14 tahun.

"Empat mangsa yang selamat iaitu kanak-kanak perempuan berumur lima tahun dan lapan tahun, kanak-kanak lelaki 12 tahun dan remaja perempuan berumur 16 tahun.

Seorang remaja perempuan ditemui lemas di kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat. Foto JBPM
Seorang remaja perempuan ditemui lemas di kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai pada petang Jumaat. Foto JBPM

"Difahamkan terdapat satu tempat yang dalam seperti kawah di kawasan anak sungai terbabit menyebabkan kesemua mangsa yang sedang mandi lemas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, mangsa dijumpai oleh anggota bomba pada jarak lebih kurang empat meter dari tebing.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa diberikan rawatan bantuan pernafasan (CPR) selama 40 minit sebelum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!