Gangguan IT global: TM jamin tiada gangguan operasi, perkhidmatan perniagaan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Telekom Malaysia Bhd (TM) memberi jaminan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan bahawa tiada gangguan kepada operasi dan perkhidmatan perniagaan mereka.

TM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya secara proaktif mengesan isu gangguan IT global yang berlaku hari ini dan menguruskannya dengan pantas.

"Kami akan terus memantau keadaan dan menyampaikan maklumat terkini jika perlu.

"Gangguan IT global ini dikaitkan dengan kemaskini perisian yang dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike sehingga menjejaskan banyak organisasi di seluruh dunia," katanya pada Jumaat.

Terdahulu, menurut pelbagai laporan media melalui platform X, institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!