Yoro diugut panaskan bangku simpanan jika enggan sertai United

Yoro menjadi pemain kedua ditandatangani United pada musim panas ini selepas selepas penyerang Bologna, Joshua Zirkzee. Foto: Agensi
Yoro menjadi pemain kedua ditandatangani United pada musim panas ini selepas selepas penyerang Bologna, Joshua Zirkzee. Foto: Agensi
A
A
A

AKHBAR harian sukan Sepanyol, Marca dalam laporannya mendakwa Lille mengugut untuk tidak menurunkan Leny Yoro selama setahun jika pemain remaja itu enggan menyertai Manchester United.

Kelab Perancis itu menerima bayaran 52 juta pound (RM314.26 juta) untuk urusan perpindahan Yoro ke Old Trafford.

Sebelum ini, Lille bimbang Yoro enggan menerima tawaran United kerana lebih cenderung untuk menyertai Real Madrid.

Real bagaimanapun dipercayai hanya akan menandatangani pemain 18 tahun itu pada musim panas depan selepas Yoro menjadi ejen bebas.

Situasi itu memaksa Lille memastikan perjanjian dengan United disempurnakan sekali gus mengelak kehilangan aset berharganya secara percuma.

Dalam usaha 'memujuk' Yoro mengubah fikirannya, Marca mendakwa Lille mengugut untuk menggugurkan pemain itu sepanjang musim jika dia menolak perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada Rabu, Yoro akhirnya mencapai persetujuan dengan United sekali gus menjadikannya pemain kedua ditandatangani The Red Devils pada musim panas ini selepas penyerang Bologna, Joshua Zirkzee.

Bahagian Pertahanan merupakan isu bagi Erik ten Hag musim lalu yang menyaksikan mereka dibolosi 58 kali dan menamatkan kempen di tangga kelapan EPL.

Artikel Berkaitan:

“Menyertai kelab seperti Manchester United begitu awal dalam karier saya adalah satu penghormatan.

“Sejak perbincangan pertama dengan kelab, mereka menyatakan rancangan bagaimana saya mampu berkembang di Manchester dalam projek menarik ini.

“Saya merasakan Manchester adalah kelab paling tepat untuk saya mencapai potensi tertinggi dan saya tidak sabar memulakannya,” kata Yoro.

Yoro menyertai United untuk tempoh lima tahun dengan pilihan sambungan 12 bulan selepas melengkapkan pemeriksaan perubatannya pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!