Misi kejar puting beliung

Antara babak mendebarkan dalam Twisters.
Antara babak mendebarkan dalam Twisters.
A
A
A

BAGI penggemar filem Hollywood, filem Twister yang ditayangkan pada tahun 1996 mungkin antara karya yang cukup hits ketika itu.

Selepas 28 tahun menemui penonton, Universal Pictures bersama Warner Bros. Pictures, Amblin Entertainment dan The Kennedy/Marshall Company mengambil keputusan untuk menghasilkan sekuel filem berkenaan iaitu Twisters.

Kali ini, filem yang diarahkan Lee Isaac Chung itu, menampilkan barisan pelakon senang meningkat naik seperti Glen Powell, Kiernan Shipka, Maura Tierney, Daisy Edgar-Jones.

Twisters secara ringkasnya mengisahkan bekas pengejar ribut, Kate Cooper dihantui oleh pertemuan dahsyat dengan puting beliung semasa berada di kolej, dan kini mengkaji corak ribut pada skrin di New York City.

Setiap misi ada cabaran yang menanti.
Setiap misi ada cabaran yang menanti.

Namun di pancing untuk kembali ke dataran terbuka oleh rakannya, Javi bagi menguji sistem penjejakan baharu yang inovatif.

Perjalanan filem ini bagi penulis tidak sukar difahami, tetapi cara pengarah 'mewujudkan' puting beliung di skrin dengan bantuan imej janaan komputer (CGI) akan membuatkan anda terpukau dan tidak berganjak untuk mengetahui apakah yang berlaku seterusnya.

Walaupun filem ini tidak dihasilkan menggunakan kamera digital seperti kebanyakan filem Hollywood lain, tetapi hasilnya masih mengagumkan jika dibandingkan filem pertamanya, termasuklah jalan cerita yang lebih kemas.

Artikel Berkaitan:

Daisy Edgar-Jones dan Glen Powell berjaya mencipta keserasian dalam Twisters.
Daisy Edgar-Jones dan Glen Powell berjaya mencipta keserasian dalam Twisters.

Lebih menarik, ia bukan hanya mengenai kisah pemburuan puting beliung semata-mata, tetapi elemen sains dan teknologi yang diadunkan dalam sebuah filem.

Namun kebanyakan kekurangan pada pandangan penulis adalah lakonan Edgar-Jones yang tidak konsisten. Meskipun gandingannya bersama Powell tampak cukup serasi, tetapi bila beraksi sendirian, aktres berusia 26 tahun itu seperti tergelincir daripada landasannya.

Mujur lakonan Powell banyak menjadi penyelamat dan dengan karisma yang dimiliki, tidak mustahil aktor berasal dari Texas itu akan mengutip peminat baharu dan melonjakkan kembali namanya dalam industri.

Bagi anda yang ingin mengetahui apakah kesudahan misi mengejar puting beliung ini, jangan lupa menyaksikan Twisters di pawagam.

No Image Caption

TWISTERS

PENGARAH: Lee Isaac Chung

PELAKON: Glen Powell, Kiernan Shipka, Maura Tierney, Daisy Edgar-Jones

GENRE: Aksi / Penggembaraan / Thriller

DURASI: 2 Jam 2 Minit

KLASIFIKASI: P12

TAYANGAN: 17 Jul 2024

BINTANG: 3.5 / 5

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!