Piala FA: Satu gol iringi Terengganu ke Petaling Jaya

Ismaheel Akinade (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama pemain Terengganu ketika menentang Selangor dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Ismaheel Akinade (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama pemain Terengganu ketika menentang Selangor dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
A
A
A

JUARA 2000 dan 2011, Terengganu FC memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, bagi mengatasi Selangor FC, 3-2 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA pada Jumaat.

Angkatan Tomislav Steinbruckner finalis edisi 2022 yang masih segar dengan kemenangan agregat 7-0 ke atas Sabah terlebih dulu memimpin perlawanan dengan jaringan dua gol dijelmakan hasil sepakan percuma kapten pasukan Safawi Rashid minit ke-30 sebelum bintang import Nurillo Tukhtasinov menambah pada minit ke-35.

Ismaheel Akinade meledak gol kemenangan Terengganu di Gong Badak.
Ismaheel Akinade meledak gol kemenangan Terengganu di Gong Badak.

Anak buah Nidzam Jamil yang tampil di pentas empat terbaik dengan kemenangan penalti 5-3 ke atas Kuching City FC selepas terikat agregat 4-4, tidak goyang kembali merapatkan defisit menerusi Alvin Fortes minit ke-39 sebelum menutup separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Selangor juara edisi 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009

tampil lebih kemas menerusi gol minit ke-48 cetusan Noor Al Rawabdeh bagi jaringan penyamaan yang menjadi dos penggalak kepada The Red Giants.

Bagaimanapun jaringan minit ke-70 cetusan Ismahil Akinade membolehkan bekalan satu gol mengiringi skuad Penyu menjelang timbal kedua berdepan Red Giants naib juara edisi 2018 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 3 Ogos depan.

PIALA FA

Artikel Berkaitan:

Separuh Akhir Pertama

Keputusan

Kedah Darul Aman FC 1-2 Johor Darul Ta'zim

Terengganu FC 3-2 Selangor FC

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!