Anggota keluarga terselamat kongsi pengalaman cubaan tembak Donald Trump
PENNSYLVANIA - Ratusan anggota bomba dan penunggang motosikal berkumpul di bandar Sarver, Pennsylvania menyertai perarakan pengebumian Corey Comperatore pada Jumaat.
Corey merupakan seorang anggota bomba sukarela berusia 50 tahun yang meninggal dunia ketika melindungi sebuah keluarga daripada terkena tembakan senjata semasa perhimpunan kempen bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Salah seorang anggota keluarga terselamat di tempat kejadian, Gavin Virag yang merupakan seorang pemuzik tempatan berusia 33 tahun memberitahu pada awalnya dia menyangka bunyi itu merupakan tembakan bunga api.
"Saya berada di situ bersama isteri dan bapa mertua saya. Isteri saya sedang mengandung lima bulan. Jadi, sebaik sahaja tembakan itu berlaku, pada mulanya kami fikir ia bunyi bunga api namun melindungi isteri dan memastikan dia selamat.
"Saya berada di atasnya dari bahagian kepalanya, dan bapa mertua saya berada di belakangnya, jadi kami melindunginya dan memastikan dia berada di bawah di tempat duduk, untuk memastikan keselamatannya," katanya.
Isteri Gavin, Gina Virag memberitahu ketika mendengar tembakan, dia menangis memikirkan nasib bayi dalam kandungannya.
"Jadi, pada masa itu, saya memikirkan bayi saya, saya memikirkan suami saya, yang berada di atas saya, terdedah bahaya.
"Dan saya menangis hanya kerana, anda tahu, anda rasa, anda tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Anda mendengar semua bunyi tembakan," katanya.
Selain Trump yang mengalami luka peluru di telinga kanannya, tiga peserta perhimpunan ditembak dalam kejadian 13 Juai itu.
Mereka termasuk anggota bomba sukarela, Corey Comperatore yang terbunuh ketika melindungi keluarganya daripada tembakan selain dua lagi peserta perhimpunan yang dilaporkan dalam keadaan stabil.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!