Pas Paya Besar lancar jentera pilihan raya hadapi PRU16

Mohd Zarimi (depan, tengah) dan Tarmizi (depan, dua dari kanan) antara yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Paya Besar di Dewan Seminar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Darul Salam) di sini, Khamis lalu.
Mohd Zarimi (depan, tengah) dan Tarmizi (depan, dua dari kanan) antara yang hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Paya Besar di Dewan Seminar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Darul Salam) di sini, Khamis lalu.
A
A
A

KUANTAN - Pas Paya Besar melancarkan jentera pilihan raya bagi kawasan tersebut sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, gerak kerja pilihan raya perlu digemblengkan dari sekarang tanpa menunggu saat-saat akhir.

Menurutnya, jentera Pas di setiap ceruk dan pelosok sudah perlu bergerak terutama pemuda dan pemudi boleh mula turun ke lapangan membantu yang termampu.

"Pasukan kempen pemuda mesti ambil tahu, faham, cakna serta membuat pemantauan secara berkala terhadap sasaran kemenangan masing- masing di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diamanahkan.

"Kenal pasti isu-isu tertunggak, tubuh kembali atau hidupkan cawangan yang lemah, tingkatkan bilangan ahli, ajak kepada penyatuan ummah untuk kuatkan Islam dan kurangkan musuh," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Pelancaran jentera pilihan raya Pas Paya Besar diadakan di Dewan Seminar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Darul Salam) di sini, Khamis lalu.

Hadir sama pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching merangkap Yang Dipertua Pas Paya Besar, Tarmizi Yahaya dan wakil Jabatan Pilihan Raya Negeri, Farid Ismail bersama 300 kader Pas mewakili cawangan dan kawasan masing-masing.

Mohd Zarimi berkata, dengan motto, 'Gegar Pahang - Pas Teraju Pahang' Pas Paya Besar kini siap siaga membina 'pasukan badar' mereka bagi menghadapi PRU16.

Artikel Berkaitan:

Tiga DUN di bawah Parlimen Paya Besar diwakili ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu di DUN Sungai Lembing (Mohamad Ayub Mat Ashri) dan Pancing (Tarmizi Yahaya) dari Pas dan DUN Lepar (Mohd Yazid Mohd Yunus) dari Bersatu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!