Emas, dua gangsa jadi buruan skuad muay thai Pahang

Fadzli (dua dari kanan) memberikan kata-kata semangat ketika menemui atlet muay thai Pahang di Jerantut pada Jumaat
Fadzli (dua dari kanan) memberikan kata-kata semangat ketika menemui atlet muay thai Pahang di Jerantut pada Jumaat
A
A
A

JERANTUT - Skuad muay thai Pahang menyasarkan sebutir pingat emas dan dua gangsa dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan di Sarawak.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran terbabit akan digalas lima atlet lelaki dan dua wanita yang membawa cabaran Pahang di Sarawak.

Menurutnya, jumlah itu realistik dan optimis skuad muay thai boleh melepasi sasaran tersebut.

Fadzli (tiga dari kanan, berdiri) bersama atlet muay thai Pahang yang akan menggalas cabaran di Sukma Sarawak Ogos depan.
Fadzli (tiga dari kanan, berdiri) bersama atlet muay thai Pahang yang akan menggalas cabaran di Sukma Sarawak Ogos depan.

"Kita melihat potensi besar sukan muay thai untuk menyumbangkan pingat sekurang-kurangnya satu emas dan dua gangsa.

"Melihat disiplin serta sikap mereka, saya lihat kita boleh capai lebih daripada itu cuma nasihatkan mereka supaya mengelakkan kecederaan sepanjang latihan rapi ini," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja di pusat latihan muay thai di sini pada Jumaat.

Tambah Fadzli, lawatan tersebut menjadikan sebanyak 26 acara sukan sudah dilawati sempena Sukma setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau lagi, Majlis Sukan Pahang (MSP) telah membelanjakan sebanyak RM150,000 untuk acara berkenaan,

"Saya minta MSP meningkatkan sistem pengudaraan demi keselesaan atlet sepanjang latihan di pusat ini," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih, Yusri Ishak memberitahu, Sir Asrul SyahHasnizam, 21, menjadi sandaran terbaik buat Pahang untuk membawa pulang emas di temasya tersebut.

Yusri Ishak
Yusri Ishak

"Dia (Asrul) akan bertanding dalam acara bawah 48 kilogram (kg)," katanya.

Pahang mempertaruhkan 603 atlet yang akan menyertai 36 acara, masing-masing 327 lelaki dan 276 wanita di Sarawak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!