TFC puas hati meski bawa bekalan tipis ke MBPJ

Kepten Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Selangor FC pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam Jumaat. Foto Bernama
Kepten Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Selangor FC pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KETUA Jurulatih Terengganu FC, (TFC) Tomislav Steinbruckner tetap berpuas hati walaupun sekadar menang tipis 3-2 ke atas Selangor FC, pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.

Steinbruckner berkata, anak buahnya telah berjuang sehabis baik demi mendapatkan bekalan untuk dibawa ke Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Crotia itu turut memuji kualiti dan semangat juang pemain skuad The Red Giants, yang mampu memberi tentangan hebat dan hampir menyebabkan TFC berputih mata di laman sendiri.

"Saya akui kami tidak bertahan seperti yang kami mahukan, terutamanya ketika kita bolos dua gols selepas mendahului 2-0. Tetapi selepas beberapa pertukaran (pemain), saya puas hati kerana kami menang.

"Sejujurnya, Selangor bermain lebih baik pada separuh masa pertama. Saya tidak kata mereka lebih baik daripada kami. Tetapi mereka satu pasukan yang bagus dan bagaimana mereka hampir sama dengan Johor dan dengan kami,” katanya selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini, malam Jumaat.

TFC yang beraksi di hadapan lebih 31,000 penonton, berjaya menewaskan Selangor FC 3-2 hasil jaringan Muhammad Safawi Rasid, Nurillo Tukhtasinov dan Ismaheel Akinade.

Manakala gol Selangor FC pula dijaringkan Alvin Fortes dan pemain import kelahiran Jordan Noor Al-Rawabdeh.

Sementara itu, pengendali Selangor FC, Mohd Nidzam Jamil berkata skuadnya masih mempunyai peluang selama 90 minit di MBPJ, untuk layak ke perlawanan akhir Piala FA yang dijangka berlangsung pertengahan Ogos depan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nidzam berkata, skuadnya telah beraksi dengan cemerlang di tempat lawan sehingga membolehkan mereka menyamakan kedudukan, ketika ketinggalan 0-2 di separuh masa pertama.

"Pastinya banyak kerja yang saya perlu buat untuk pastikan kita menang di MBPJ. Terengganu pasukan yang kuat tetapi tanggungjawab saya dan jurulatih untuk pastikan pemain beraksi lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!