PM serah sumbangan kepada bekas pengawal pengiring
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hanafi Hadi yang pernah menjadi pengawal pengiringnya dan kini terlantar sakit.
Menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan dan pembelian kerusi roda khas itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.
"Saudara Hanafi kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki sekali gus menyukarkan pergerakan beliau," katanya.
Perdana Menteri turut mendoakan agar Hanafi diberi kesembuhan sesegera mungkin. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!