'Peja patut lawan pemilihan' - Iskandar Dzulkarnain

Iskandar Dzulkarnain (dua dari kiri) menyampaikan komputer riba kepada pelajar cemerlang SPM di sebuah restoran pada Sabtu.
Iskandar Dzulkarnain (dua dari kiri) menyampaikan komputer riba kepada pelajar cemerlang SPM di sebuah restoran pada Sabtu.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti itu akan datang.

Nasihat itu diberikan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang melihat tidak wajar untuk Ahmad Faizal diturunkan pangkat sebagai Timbalan Presiden Bersatu.

"Saya pun dah lama tak berhubung dengan Datuk Seri Peja (Ahmad Faizal), jadi saya tak tahulah kedudukannya bagaimana ketika ini.

"Sebagai kawan saya rasa Datuk Seri Peja memang orang politik, suruh dia lawan sahajalah (pemilihan parti)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah restoran di sini pada Sabtu.

Iskandar Dzulkarnain (kiri) menyantuni pelajar cemerlang SPM sempena Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Pelajar Cemerlang SPM di sebuah restoran pada Sabtu.
Iskandar Dzulkarnain (kiri) menyantuni pelajar cemerlang SPM sempena Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Pelajar Cemerlang SPM di sebuah restoran pada Sabtu.

Iskandar Dzulkarnain sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik sewaktu Ahmad Faizal menjadi Menteri Besar Perak.

Pada 13 Julai lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.

Perbincangan mengenai pertukaran berkenaan telah dilakukan Ahli Parlimen Pagoh itu bersama Ahmad Faizal bersama beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Ahmad Faizal pula menegaskan bahawa keputusan untuk melepaskan jawatan dan memberi laluan kepada Hamzah dilakukan secara rela hati.

Sementara itu, Iskandar Dzulkarnain mengakui lega dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang mengumumkan bahawa enam kerusi Parlimen yang menyokong kerajaan tidak berlaku kekosongan.

Menurutnya, keputusan tersebut sekali gus tidak mengganggu tugas sebagai wakil rakyat di kawasan yang diwakili.

Iskandar Dzulkarnain (belakang, tengah) bersama-sama penerima komputer riba sempena Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Pelajar Cemerlang SPM di sebuah restoran pada Sabtu.
Iskandar Dzulkarnain (belakang, tengah) bersama-sama penerima komputer riba sempena Majlis Penyampaian Komputer Riba Kepada Pelajar Cemerlang SPM di sebuah restoran pada Sabtu.

"Saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar akan terus bekerja untuk memastikan rakyat terbela. Saya memberi sokongan kepada kerajaan adalah untuk memastikan peruntukan diterima.

"Saya akan terus bekerja memberikan mereka apa yang saya mampu untuk bantu penduduk di kawasan saya," katanya.

Pada program tersebut, seramai 25 pelajar cemerlang SPM menerima seunit komputer riba daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!