Remaja lelaki maut tercampak, motosikal bertembung kereta

Siasatan dijalankan mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki itu dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju Kuala Selangor. Gambar kanan: Mangsa berumur 17 tahun dipercayai menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam kejadian jam 7.20 pagi itu.

A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching di sini pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa berumur 17 tahun dipercayai menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam kejadian jam 7.20 pagi itu.

"Siasatan dijalankan mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju Kuala Selangor memotong sebuah kenderaan lain yang berada di hadapannya.

"Kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Kemalangan mengakibatkan mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan.
Kemalangan mengakibatkan mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan.

Katanya, kemalangan mengakibatkan mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan.

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan dekat Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching di sini pada Sabtu.
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan dekat Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching di sini pada Sabtu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!