Pelajar lemas ketika mandi sungai bersama rakan

Kejadian melibatkan seorang remaja berumur 14 tahun dipercayai lemas dan dihanyutkan semasa sedang bermandi manda bersama rakan-rakannya. Mangsa yang ditemui pada jam 6.36 petang itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa ditemukan kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas dalam kejadian pada Jumaat.

A
A
A

SEPANG - Kegembiraan seorang remaja mandi sungai bersama rakannya berakhir tragedi apabila mangsa ditemui lemas di Pulau Meranti di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berkaitan kejadian pada jam 4.41 petang.

"Seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya serta Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) BBP Shah Alam serta BBP Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan seorang remaja berumur 14 tahun dipercayai lemas dan dihanyutkan semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, anggota bomba bertugas kemudian menjalankan kerja penyelamatan mangsa di lokasi kejadian.

"Mangsa yang ditemui pada jam 6.36 petang itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!