Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis siasat lokasi kebun ubi diusahakan suspek

Polis kini menjalankan siasatan di kawasan kebun ubi dekat Slim River, Perak dipercayai lokasi suspek mengusahakan tanaman secara sambilan di kawasan terbabit.
Polis kini menjalankan siasatan di kawasan kebun ubi dekat Slim River, Perak dipercayai lokasi suspek mengusahakan tanaman secara sambilan di kawasan terbabit.
A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis menjalankan siasatan di kawasan kebun ubi dekat Slim River, Perak pada Sabtu berkaitan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan di lokasi berkenaan dijalankan oleh pasukan siasatan dan forensik.

Beliau berkata, kebun ubi berkenaan bukan milik suspek sebaliknya suspek bekerja sambilan untuk mengusahakannya.

"Terdapat beberapa aspek yang menjurus kepada siasatan dijalankan di lokasi memandangkan suspek dipercayai mengusahakan tanaman di kawasan kebun itu.

"Selain itu, semakan dan analisa turut dijalankan melibatkan kereta jenis Toyota Vios digunakan suspek ketika kejadian dan sim kad milik suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Asri turut menyatakan usaha pencarian bukti di Sungai Trolak belum dapat diteruskan susulan keadaan sungai yang tidak mengizinkan.

"Ini berdasarkan maklumat daripada pemantauan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim yang memaklumkan keadaan sungai tidak sesuai untuk unit skuba meneruskan pencarian bahan bukti," katanya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan usaha pencarian bahan bukti berkaitan kes pembunuhan Nur Farah Kartini diteruskan lagi di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan beg tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Trolak ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan. Lokasi ini terletak kira-kira 20 minit daripada parit dekat kawasan hutan kelapa sawit dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor yang menjadi kawasan pencarian bahan bukti sebelum ini.

Pencarian yang dijalankan polis di kawasan parit berkenaan sebelum ini menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!