Protes pelajar Bangladesh tidak terkawal

Pelajar paling ramai mengambil bahagian dalam protes yang semakin tidak terkawal di Dhaka. - AFP
Pelajar paling ramai mengambil bahagian dalam protes yang semakin tidak terkawal di Dhaka. - AFP
A
A
A

DHAKA - Pihak berkuasa Bangladesh mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung dan menempatkan pasukan tentera selepas polis gagal menamatkan protes maut yang merebak pantas di seluruh negara.

Pertempuran antara penunjuk pera-saan terdiri daripada pelajar dan polis telah mengorbankan kira-kira 105 orang, menurut kiraan AFP.

Kacau-bilau ini turut menimbulkan cabaran besar kepada kerajaan autokratik Perdana Menteri, Sheikh Hasina selepas 15 tahun memerintah negara itu.

“Kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan perintah berkurung dan mengerahkan tentera untuk membantu pihak berkuasa awam,” kata Setiausaha Akhbar Hasina, Nayeemul Islam Khan kepada AFP.

Beliau menambah, perintah itu berkuat kuasa serta-merta.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan semasa perarakan ganas di Dhaka. - AFP
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan semasa perarakan ganas di Dhaka. - AFP

Polis di ibu negara Dhaka telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan semua perhimpunan awam sejak protes bermula dalam usaha mengelakkan lebih banyak keganasan.

“Kami telah mengharamkan semua perhimpunan, perarakan di Dhaka pada hari ini (Jumaat),” kata Ketua Polis Habirur Rahman sambil menambah langkah itu perlu bagi memastikan keselamatan orang awam.

Bagaimanapun, langkah itu tidak menghentikan satu lagi pusingan konfrontasi antara polis dan penunjuk perasaan di sekitar bandar besar yang mempunyai 20 juta orang, walaupun internet ditutup yang bertujuan menyekat penganjuran perhimpunan.

Artikel Berkaitan:

“Bantahan kami akan diteruskan. Kami mahu Sheikh Hasina meletakkan jawatan segera. Kerajaan bertanggungjawab atas pembunuhan itu,” kata Sarwar Tushar yang menyertai perarakan di ibu negara dan mengalami kecederaan ringan semasa tindakan polis menyuraikan perhimpunan itu.

Seorang pegawai polis memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar dilaporkan menyerbu penjara di daerah tengah Bangladesh, Narsingdi serta membebaskan banduan sebelum membakar kemudahan itu.

“Saya tidak tahu jumlah banduan, tetapi jumlahnya mencecah ratusan,” tambahnya.

Orang ramai berjalan melepasi kenderaan yang dibakar penunjuk perasaan. - AFP
Orang ramai berjalan melepasi kenderaan yang dibakar penunjuk perasaan. - AFP

SERANGAN MENGEJUTKAN, TIDAK BOLEH JANGKA

Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk berkata, serangan terhadap penunjuk perasaan itu adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima.

“Mesti terdapat penyelesaian yang adil dan saksama serta menyeluruh terhadap serangan ini selain mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Pasukan polis ibu negara sebelum ini berkata, penunjuk perasaan pada Khamis telah membakar, merosakkan pejabat polis dan kerajaan.

Antaranya ialah stesen penyiar, Bangladesh Television yang kekal di luar talian selepas ratusan pelajar yang marah menyerbu premis itu dan membakar sebuah bangunan.

Perarakan hampir setiap hari yang berlaku pada bulan ini telah menggesa kerajaan menamatkan sistem kuota yang menyimpan lebih separuh daripada jawatan perkhidmatan awam untuk kumpulan tertentu, termasuk anak-anak veteran dari perang pembebasan negara pada 1971 menentang Pakistan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!