Tonton aksi anjing K9 secara dekat

Selain pameran, pengunjung juga dapat melihat demonstrasi pertunjukan anjing terlatih K9 serta simulasi sketsa samun pada Karnival Rakyat Karangkraf yang akan bermula Jumaat ini. - Gambar hiasan, gambar kecil: Hashim
Selain pameran, pengunjung juga dapat melihat demonstrasi pertunjukan anjing terlatih K9 serta simulasi sketsa samun pada Karnival Rakyat Karangkraf yang akan bermula Jumaat ini. - Gambar hiasan, gambar kecil: Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran dan demonstrasi pertunjukan daripada agensi keselamatan negara bersempena Karnival Rakyat Karangkraf yang bakal berlangsung di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada 26 hingga 28 Julai ini.

Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengurus kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, PDRM akan membawa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Water Canon untuk pameran kepada pengunjung, selain demonstrasi pertunjukan enam ekor anjing terlatih Unit Anjing Pengesan (K9) serta simulasi sketsa samun.

“Sementara pihak JBPM pula akan mengadakan pameran ular dan menunjukkan pelbagai aset bomba pada hari karnival nanti.

“Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara akan menyediakan perkhidmatan pembaharui kad pengenalan dan dalam masa sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut membuka kaunter khidmat pelanggan bagi memudahkan orang ramai yang ingin membuat bayaran kompaun saman,” katanya di sini pada Sabtu.

Hashim berkata, walaupun dinamakan Karnival Rakyat Karangkraf, golongan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta serta para pelajar juga tidak dilupakan.

“Kita akan melaksanakan pelbagai aktiviti dan hadiah untuk pelajar. Salah satu pertandingannya ialah kehadiran warga sekolah paling ramai yang mana berpeluang untuk menerima hadiah wang tunai RM5,000.

“Caranya ialah semua pelajar, guru, ibu bapa atau kenalan yang datang ke karnival ini perlu mendaftar atas sekolah yang mereka wakili,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Hashim berkata, untuk memudahkan orang ramai datang ke Karnival Rakyat Karangkraf, mereka boleh menggunakan pengangkutan awam.

Ujarnya, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan komuter dan bas untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku pada hari karnival.

“Orang ramai boleh menaiki tren dan turun di Stesen Komuter Shah Alam, kemudian dapatkan khidmat bas percuma sehingga Balai Bomba Seksyen 15. Dari situ hanya beberapa meter sahaja berjalan kaki.“Kita mengalu-alukan orang ramai datang dan tidak melepaskan peluang untuk hadir. Karnival ini menghiburkan kerana dapat mengimbas kembali nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!