Olimpik Paris 2024: Allianz Malaysia nyalakan semangat juang kontinjen Malaysia

Norza (kanan) menerima cenderahati daripada Sean selepas Majlis Menandatangani MoU antara MOM dan Allianz Malaysia di Bukit Kiara.
Norza (kanan) menerima cenderahati daripada Sean selepas Majlis Menandatangani MoU antara MOM dan Allianz Malaysia di Bukit Kiara.
A
A
A

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan kerjasama pintar dengan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) dalam yang menyediakan ‘perlindungan’ kepada kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Presiden MOM, Mohamad Norza Zakaria berkata, Allianz Malaysia yang sebahagian keluarga MOM tahun lalu, menyediakan tajaan perlindungan kepada kontinjen Malaysia yang beraksi di temasya sukan pelbagai di bawah bidang kuasa badan Olimpik negara tersebut.

“Untuk Sukan Olimpik Paris, kontinjen Malaysia yang perkuatkan 26 atlet, akan dilindungi Allianz sepanjang berada di Paris. Sokongan Allianz juga jenama global dan syarikat insurans terkemuka, akan memberikan keyakinan kepada atlet kita yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik.

“Allianz menyokong sukan secara aktif dan MOM teruja dengan sokongan mereka. Rakan kongsi seperti Allianz akan memberi manfaat kepada kita secara meluas. Mereka terlibat secara aktif dalam sukan dan menjadi salah satu Rakan Olimpik Seluruh Dunia dalam menyokong pergerakan Olimpik peringkat global.

“Saya percaya banyak yang boleh kita pelajari daripada Allianz dan memanfaatkan rangkaian mereka untuk membantu atlet kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang menyifatkan satu penghormatan apabila dapat ‘melindungi’ kontinjen negara yang mengalas cabaran di Paris 2024.

“Ini adalah sumbangan kita kepada sukan Malaysia. Walaupun atlet memberi tumpuan kepada latihan dan pertandingan, kami memainkan peranan sebagai penanggung insurans untuk memastikan mereka dilindungi semasa di Perancis.

“Allianz Malaysia memulakan perkongsian ini dengan MOM apabila kami menyediakan perlindungan perjalanan kepada kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan:

“Kami menyedari boleh melakukan lebih banyak lagi untuk MOM dan atlet negara, jadi kami memutuskan merealisasikan perkongsian dengan menyediakan perlindungan insurans untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!