Disamun ketika hantar limau

Polis menyita sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC untuk siasatan lanjut bagi kejadian samun di Kampung Chinchin, Gombak semalam.
Polis menyita sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC untuk siasatan lanjut bagi kejadian samun di Kampung Chinchin, Gombak semalam.
A
A
A

GOMBAK - Polis menahan dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam kejadian samun di Kampung Sungai Chinchin di sini semalam.

Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakannya yang masih diburu dikatakan menyamun seorang lelaki yang baru selesai menghantar limau kepada rakannya kira-kira jam 7 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa didatangi tiga lelaki yang bermotosikal jenis Yamaha FZ150 dan Yamaha LC135 dan mengambil telefon bimbit jenis Neffo selain wang tunai berjumlah RM3,000.

"Mangsa turut diugut dan diacu senjata jenis kerambit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, suspek berusia 24 dan 34 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang pada keesokan harinya di Jalan Besar Gombak Setia manakala seorang lagi yang dikenali sebagai Alif masih diburu.

"Suspek akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!