Wanita warga Thailand ditemukan maut dengan kesan tembakan

Lokasi kejadian mayat seorang wanita warga Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di badan di kawasan Durian Burung, Padang Terap, semalam. - Foto PDRM
Lokasi kejadian mayat seorang wanita warga Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di badan di kawasan Durian Burung, Padang Terap, semalam. - Foto PDRM
A
A
A

PADANG TERAP - Mayat seorang wanita dipercayai ditembak ditemui di kawasan Durian Burung di sini pada Sabtu.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar yang mengesahkan kejadian berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 7 petang Sabtu.

“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan.

“Hasil siasatan, wanita terbabit dipercayai warga Thailand.

"Namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Awani pada Ahad.

Mulkiaman berkata, mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat bagi memberi maklumat lanjut. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!