Israel serang pelabuhan Hodeidah di Yemen
TENTERA Israel melakukan serangan di Pelabuhan Hodeidah, dekat Yemen sebagai tindak balas terhadap kumpulan Houthi.
Serangan udara itu dibuat sehari selepas Houthi mengaku bertanggungjawab terhadap serangan drone yang menyebabkan satu kematian di Tel Aviv.
Menurut TV Al Masirah, Israel menyasarkan kemudahan penyimpanan minyak dan loji janakuasa di Hodeidah, menyebabkan kebakaran di kawasan itu.
Akhbar berita itu memetik pegawai kesihatan sebagai berkata, serbuan udara itu mengakibatkan korban, termasuk kematian, tanpa menyatakan jumlahnya.
Tetapi tentera Israel berkata, ia mengenai "sasaran tentera" di Yemen.
Houthis yang bersekutu dengan Iran, menampilkan diri mereka sebagai angkatan bersenjata rasmi Yemen, telah menyasarkan laluan kapal di Laut Merah bertujuan untuk menekan Israel supaya menamatkan perang ke atas Gaza.
Kumpulan itu juga telah melancarkan peluru berpandu balistik dan dron ke Israel, yang kebanyakannya telah berjaya dipintas.
Tetapi awal hari Jumaat, dron Houthi yang membawa bahan letupan berjaya mengelak pertahanan udara Israel dan melanggar sebuah bangunan di Tel Aviv dan dilihat telah berjaya menewaskan pertahanan utama di Israel.
Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Yoav Gallant berikrar untuk bertindak balas dan dalam mesej kepada Houthi bahawa Israel "akan menyelesaikan masalah" dengan sesiapa sahaja yang membahayakan keselamatannya.
Amerika Syarikat dan United Kingdom telah melakukan serangan udara di Yemen selama berbulan-bulan sebagai tindak balas terhadap serangan Laut Merah Houthi.
Tetapi kempen ketenteraan telah gagal untuk menghentikan serangan kumpulan Yemen itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!