Warga Myanmar cedera disyaki terkena tembakan dalam kebun getah

Lelaki warga Myanmar berusia 40-an mengalami kecederaan di bahagian bahu disyaki terkena tembakan semasa berada di dalam kebun getah di kawasan Naka pada Sabtu. - Foto: PDRM
Lelaki warga Myanmar berusia 40-an mengalami kecederaan di bahagian bahu disyaki terkena tembakan semasa berada di dalam kebun getah di kawasan Naka pada Sabtu. - Foto: PDRM
A
A
A

PADANG TERAP - Seorang lelaki warga Myanmar cedera di bahu dipercayai terkena tembakan semasa berada di dalam sebuah kawasan kebun getah di Naka dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, satu laporan diterima pada jam 5.45 petang daripada orang awam berhubung kejadian terbabit.

“Laporan polis telah dibuat orang awam memaklumkan seorang lelaki warga Myanmar berusia 40-an mengalami kecederaan di bahagian bahu disyaki terkena tembakan semasa berada di kebun getah di kawasan Naka.

“Sepasukan anggota dan pegawai polis di hantar ke lokasi kejadian dan menemui mangsa yang cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Mulkiaman, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut dan polis sedang mengesan suspek manakala kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!