Polis cari budak perempuan hilang di pusat perniagaan

Albertine Leo Jia Hui, 6, disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam Sabtu.
Albertine Leo Jia Hui, 6, disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam Sabtu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam.

Menurut beliau, pihaknya giat mengesan kanak-kanak itu di samping membuat hebahan mengenai kehilangannya.

"Lokasi terakhir kanak-kanak itu adalah di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani di sini.

"Mangsa berketinggian 120 sentimeter bertubuh kurus sederhana dan berambut panjang berwarna hitam.

“Ketika hilang mangsa dilaporkan memakai baju berwarna putih bergambar 'mickey mouse' serta berseluar pendek,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kumarasan turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian terutama di media sosial mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan itu termasuk mengatakan dia telah dilarikan dan berada di utara tanah air.

"Saya harap semua pihak bersabar dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak terbabit boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Isnpektor Ridzuan Abd Hadi talian 017-7051097 atau talian hotline IPD Iskandar Puteri 019-2792095 atau bilik gerakan 07-2212999.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!