Jake Paul tak sabar bantai Mike Tyson

Mike Perry rebah selepas gagal menahan kombinasi tumbukan Jake Paul di pusingan keenam. Foto: AFP
Mike Perry rebah selepas gagal menahan kombinasi tumbukan Jake Paul di pusingan keenam. Foto: AFP
A
A
A

PERSONALITI YouTube, Jake Paul, 27, melebarkan rekod dalam karier tinjunya kepada 10-1 selepas menumbangkan juara kelas Middleweight BKFC dan bekas petarung UFC, Mike Perry menerusi Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan berat sebelah di Tampa, Florida, Amerika Syarikat pada Ahad.

Paul menumpaskan Perry, 32, di pusingan keenam selepas melepaskan kombinasi tumbukan yang menyebabkan lawannya terhuyung-hayang sehingga mendorong pengadil menamatkan pertarungan.

Sebelum itu, Paul memasuki gelanggang dengan gimik pahlawan gladiator yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 16,500 penonton di Amalie Arena.

“Mike Tyson... anda mangsa seterusnya dan Alex Pereira (juara Light Heavyweight UFC), saya cabar, mari berlawan dalam gelanggang tinju,” ujar Paul usai pertarungan.

Aksi tinju Paul dan Tyson sepatutnya berlangsung pada 20 Julai, namun dijadualkan semula pada 15 November berikutan masalah kesihatan bekas juara kelas heavyweight itu.

Paul yang digelar The Problem Child menjadi pilihan untuk menumbangkan legenda tinju berusia 58 tahun itu.

Untuk rekod, Tyson menewaskan Trevor Berbick pada November 1986 untuk menjuarai gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) pada usia 20 tahun.

@sinarharianonline

Jake Paul tak sabar bantai Mike Tyson #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #USA #JakePaul #MikeTyson #Tinju

Artikel Berkaitan:

Eye of the Tiger (Instrumental Version) - From "Rocky" - M.S. Art

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!