Penumpang e-hailing maut tersepit nahas dengan lori

Lelaki warga Bangladesh maut tersepit di bahagian tempat duduk belakang dalam nahas melibatkan sebuah kereta e-hailing dan lori di Jalan Bestari, Kapar pada Ahad.
Lelaki warga Bangladesh maut tersepit di bahagian tempat duduk belakang dalam nahas melibatkan sebuah kereta e-hailing dan lori di Jalan Bestari, Kapar pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki warga Bangladesh maut akibat tersepit di bahagian tempat duduk belakang dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta e-hailing dan lori di Jalan Bestari, Kapar pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 12.46 tengah hari.

"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta e-hailing dan lori di Jalan Bestari, Kapar pada Ahad.
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta e-hailing dan lori di Jalan Bestari, Kapar pada Ahad.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai merupakan kenderaan e-hailing dipandu seorang lelaki tempatan serta dinaiki dua lelaki warga Bangladesh," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, seorang mangsa merupakan lelaki warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi rakannya dan pemandu kereta dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!