Dua maut kereta sorong bayi jatuh ke atas landasan kereta api
SYDNEY - Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki maut selepas sebuah kereta sorong bayi terjatuh ke atas landasan di stesen kereta api di bahagian selatan Sydney pada Ahad, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian di Stesen Kereta Api Carlton kira-kira 12.25 tengah hari waktu tempatan.
Terdahulu, pihak berkuasa menerima laporan berkaitan insiden sebuah kereta tolak bayi membawa dua kanak-kanak terjatuh dari platform ke landasan.
Mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang lelaki berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang wanita berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan.
Menurut polis, tiada unsur jenayah berhubung insiden itu buat masa ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!