Lelaki seluk saku di KLIA Terminal 1 diberkas

Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seluk saku di KLIA Terminal 1, di Sepang pada Jumaat. (Gambar kecil: Azman Shari’at) Gambar hiasan
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seluk saku di KLIA Terminal 1, di Sepang pada Jumaat. (Gambar kecil: Azman Shari’at) Gambar hiasan
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu, pada jam 2.04 pagi Sabtu.

"Dalam kejadian pada jam 9.45 malam Jumaat, suspek bertindak melarikan diri apabila dikejar oleh orang awam kerana dipercayai mencuri dompet.

"Polis kemudian berjaya menangkap lelaki itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azman berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 50-an itu datang ke Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial yang melebihi tempoh yang dibenarkan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penglibatan suspek dalam jenayah seluk saku dan jenayah lain," katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1957.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Muhammad Fadzil Zulkifli di talian 011-27132165," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!