131 warga asing, seorang majikan warga tempatan ditahan

Sebahagian warga asing yang ditahan dalam lapan operasi serentak di Senai, Segamat, Batu Pahat dan Mersing pada Khamis. - Foto: JIM Johor
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam lapan operasi serentak di Senai, Segamat, Batu Pahat dan Mersing pada Khamis. - Foto: JIM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor berjaya menahan 131 warga asing dan seorang majikan warga tempatan dalam lapan operasi yang dilaksanakan serentak di seluruh negeri ini pada Khamis.

Pengarah JIM Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kesemua mereka ditahan dalam lapan operasi penguatkuasaan melibatkan Ops Bersama, Ops Selera, Ops Mahir, Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Minyak, Ops Jaja dan Ops Gegar.

Menurutnya, kesemua operasi tertumpu di lokasi-lokasi titik panas (hotspot) yang dipercayai menggaji pekerja asing yang tidak memiliki pas serta dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini di empat lokasi yang dikenal pasti di Senai, Segamat, Batu Pahat dan Mersing.

“Dalam operasi di Senai kita berjaya menahan 106 warga asing melibatkan 26 lelaki dan 32 warga Indonesia; 29 lelaki dan lapan perempuan (Myanmar); lima lelaki (Bangladesh); 3 perempuan (Vietnam); seorang lelaki (Filipina) dan dua lelaki (Nepal) berusia 20 hingga 65 tahun ditahan hasil pemeriksaan di 65 premis melibatkan pasar basah, medan selera dan pusat urut.

“Ops Bersama, Ops Selera dan Ops Mahir di Batu Pahat pula membabitkan tangkapan 12 warga asing melibatkan seorang lelaki warga Indonesia, enam (Bangladesh) dan empat lelaki serta seorang perempuan (Myanmar) berusia 26 hingga 48 tahun ditahan bersama seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun yang

Kesemua warga asing yang ditaha ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Foto: JIM Johor
Kesemua warga asing yang ditaha ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Foto: JIM Johor

Dalam pada itu, Mohd Rusdi berkata, seramai enam warga asing melibatkan empat lelaki warga Indonesia dan dua lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 48 tahun ditahan dalam pemeriksaan di dua premis tapak pembinaan menerusi Ops Sapu di Mersing.

"Ops Mahir di Segamat berjaya menahan tiga lelaki warga Myanmar manakala dalam Ops Mahir dan Ops Selera di Muar pula, kita menahan empat lelaki warga Bangladesh hasil pemeriksaan di lapan premis.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini, Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dan peraturan 11(7)(a) peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial (PLS) serta peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, seorang lelaki warga tempatan ditahan atas kesalahan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi PATI (pendatang asing tanpa izin) dan 18 notis untuk hadir ke pejabat telah dikeluarkan kepada individu-individu terbabit bagi membantu siasatan.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!