Remaja terima 40 jahitan, dipukul angkara telefon bimbit

Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas. Gambar hiasan
Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa berusia 14 tahun yang menerima 40 jahitan di bahagian kepala telah membuat laporan pada 11.18 pagi semalam dan mendakwa dipukul tiga remaja lelaki dikenalinya itu sekitar 10.15 malam di Taman Sempalit Aman, Raub.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila tiga remaja berusia lingkungan 16 hingga 17 tahun itu tidak berpuas hati dengan mangsa kerana tidak menggantikan semula telefon bimbit baharu yang telah dirosakkan oleh adik lelakinya secara tidak sengaja beberapa minggu lepas.

"Mangsa mendakwa dipukul menggunakan tangan sebelum dia terjatuh ke dalam longkang. Usaha mengesan saksi kejadian sedang dijalankan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mohd Shahril berkata, tiga pelajar itu direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub menerusi talian 09-3552 222. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!