Pejalan kaki maut dilanggar lari: Pemandu MPV positif dadah

Pemandu Perodua Alza yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki awal pagi Ahad akan direman pada Isnin. Foto IPD Johor Bahru Selatan
Pemandu Perodua Alza yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki awal pagi Ahad akan direman pada Isnin. Foto IPD Johor Bahru Selatan
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV ) jenis Perodua Alza yang terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) pada awal pagi Ahad direman tiga hari sehingga Khamis.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek telah bertindak menyerah diri pada petang Ahad.

Beliau berkata, susulan tindakan suspek menyerah diri itu, permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil ujian saringan air kencing juga didapati suspek lelaki itu positif dadah selain ujian saringan pernafasan pula didapati negatif alkohol.

"Siasatan kes juga dipinda kepada Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu pada Ahad, polis dilaporkan giat mengesan pemandu Perodua Alza berkenaan kerana disyaki terbabit kes langgar lari dengan seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Johor Bahru.

Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu turut menyebabkan pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Pemandu Perodua Alza terbabit, bagaimanapun dilaporkan tidak berhenti dan bertindak melarikan diri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!