15 disahkan maut dalam kejadian jambatan runtuh di China
XI'AN - Pasukan penyelamat telah menemukan 15 mayat mangsa dalam insiden jambatan lebuh raya runtuh di wilayah Shaanxi, barat laut China, kata pihak berkuasa tempatan pada petang Ahad, lapor Xinhua.
Menurut pihak berkuasa, jumlah petugas penyelamat profesional di lokasi telah meningkat kepada 1,630 orang pada 2 petang Ahad, lebih sehari selepas runtuhan yang mengakibatkan 12 maut dan 31 lagi hilang.
Dengan bantuan 205 kenderaan, 63 kapal dan 82 dron, pasukan penyelamat sedang menyisir sepanjang 70 kilometer Sungai Jinqian di hilir dari lokasi runtuhan.
Lebih 1,500 penduduk tempatan turut menyertai pencarian.
Bahagian sepanjang 40 meter Jambatan No. 2 di Kampung Yanping runtuh kira-kira 8.40 malam pada Jumaat, selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Sungai Jinqian. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!