Penceramah dakwa boleh bercakap dengan semut mohon maaf
MALANG - Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Malah ceramah Mama Ghufron itu turut mengandungi kandungan pelik antaranya dia mendakwa boleh bercakap dengan malaikat, serta boleh berkomunikasi dengan semut.
Lelaki itu memohon maaf menerusi sebuah saluran YouTube dipercayai diadakan di Pesantren Uniq Nusantara Pancasila di tempat dia mengajar.
Menerusi klip yang berdurasi 2 minit 19 saat itu, Mama Ghufron yang didampingi tiga individu lain menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada masyarakat.
"Saya dari Pondok Pesantren uniq Nusantara Pancasila mohon maaf yang sebesar-besarnya, atas klip kontroversi ceramah saya sebelum ini," kata Abuya Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani pada Jumaat.
Susulan kontroversi berkenaan, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dan akan memperhalusi secara mendalam berhubung ceramah kontroversi lelaki tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!