Harris ucap terima kasih kepada Biden

Harris menarik perhatian Biden sebagai pemimpin yang berpegang kepada kejujuran dan integriti. Foto X Joe Biden
Harris menarik perhatian Biden sebagai pemimpin yang berpegang kepada kejujuran dan integriti. Foto X Joe Biden
A
A
A

NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mengucapkan terima kasih atas sokongan Presiden Joe Biden terhadap pencalonan beliau sebagai wakil Demokrat dalam pemilihan presiden.

Dalam catatan di akaun platform X miliknya, Harris turut berkongsi beberapa kisah sepanjang mengenali Biden.

Harris menarik perhatian Biden sebagai pemimpin yang berpegang kepada kejujuran dan integriti.

Biden disifatkan sebagai individu yang mempunyai komitmen tinggi terhadap kepercayaan dan keluarganya.

Harris turut berterima kasih kepada Biden atas tugas yang dilaksanakan sebelum ini.

Beliau turut komited mahu menyatukan semula Demokrat dan menang dalam persaingan presiden kali ini.

Pada Ahad, Joe Biden mengumumkan beliau akan berundur daripada persaingan pemilihan semula selepas desakan semakin meningkat dalam Parti Demokratnya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Pengunduran Biden sekali gus membuka lembaran baharu Pemilihan Presiden AS selepas beliau menyatakan sokongan kepada Harris untuk mengantikannya sebagai calon parti itu menentang calon Republikan Donald Trump. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!