Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di mahkamah

Suspek yang disiasat babit kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Isnin.
Suspek yang disiasat babit kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Isnin.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin.

Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.

Kelihatan, suspek yang bergari hanya tunduk sebelum diiring masuk ke dalam mahkamah.

Pada 15 Julai lalu, mayat Nur Kartini Abdullah ditemui kira-kira jam 6 petang, dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Susulan itu, pada hari sama suspek yang juga seorang anggota polis ditahan.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!