Sanusi tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan menghasut

Muhammad Sanusi (kiri) tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 9 pagi Isnin.
Muhammad Sanusi (kiri) tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 9 pagi Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam sekitar jam 9 pagi bagi menghadapi dua perbicaraan kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dibicarakan atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik tahun lalu.

Bekas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat turut mengiringi Muhammad Sanusi sebelum masuk ke premis mahkamah.

Muhammad Sanusi tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghadapi dua perbicaraan kes.
Muhammad Sanusi tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghadapi dua perbicaraan kes.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada jam 11 malam, 11 Julai 2023.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Azhar dan Takiyuddin dilihat turut mengiringi Muhammad Sanusi sebelum masuk ke premis mahkamah.
Azhar dan Takiyuddin dilihat turut mengiringi Muhammad Sanusi sebelum masuk ke premis mahkamah.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!