Empat remaja rogol budak 11 tahun dilepaskan dengan jaminan

Laporan Sinar Harian pada 19 Julai lepas.
Laporan Sinar Harian pada 19 Julai lepas.
A
A
A

TELUK INTAN - Empat remaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan kanak-kanak perempuan 11 tahun, Khamis lalu telah dilepaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu dilepaskan sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

Menurutnya, tempoh reman selama tiga hari yang berakhir Ahad lepas tidak disambung semula.

"Kesemua suspek telah diberi jaminan petang semalam (Ahad).

"Kertas siasatan akan dirujuk dahulu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Dalam kejadian pada Rabu, mangsa yang masih bersekolah di sebuah sekolah di Teluk Intan mendakwa suspek pertama dan kedua melakukan perbuatan tersebut secara bergilir di dalam sebuah kereta.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang ketika mangsa bersama suspek keluar bermandi-manda di kawasan air terjun.

Sekitar jam 8.30 malam pada hari yang sama, mangsa telah dirogol oleh suspek ketiga ketika dia mengikuti lelaki itu pulang ke rumah.

Artikel Berkaitan:

Kejadian sama berlaku kepada mangsa sekitar jam 12.30 tengah malam dilakukan suspek keempat di kawasan semak semasa mangsa dan lelaki terbabit keluar bersiar-siar.

Berdasarkan siasatan dilakukan polis, mangsa mengenali suspek pertama berusia 16 tahun melalui media sosial sebelum lelaki itu memperkenalkannya kepada suspek lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!