KSSB tanam 300 anak pokok

Kakitangan KSSB bersama-sama wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia selepas melakukan demonstrasi penanaman anak pokok.
Kakitangan KSSB bersama-sama wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia selepas melakukan demonstrasi penanaman anak pokok.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah mengambil langkah proaktif dalam menyokong inisiatif Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok melalui aktiviti menanam 300 anak pokok, baru-baru ini.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan KSSB dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun.

Barisan pihak pengurusan KSSB melaksanakan simbolik penanaman anak pokok di pekarangan ibu pejabat KSSB di Shah Alam sebagai sokongan terhadap kempen yang dijalankan.
Barisan pihak pengurusan KSSB melaksanakan simbolik penanaman anak pokok di pekarangan ibu pejabat KSSB di Shah Alam sebagai sokongan terhadap kempen yang dijalankan.



Kempen yang bertemakan It’s Time for Change, Invest in ESG bukan sahaja menyokong inisiatif RS-1 yang bertujuan membangunkan kelestarian negeri Selangor dan menjadikannya bebas karbon serta pertumbuhan hijau yang pesat, malah ia juga menunjukkan komitmen syarikat dalam mengintegrasikan prinsip Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam operasi KSSB.

KSSB dalam satu kenyataan memaklumkan, aktiviti tersebut bukan sahaja dilakukan di kawasan pejabat KSSB, ia juga melibatkan hampir 300 kakitangan dan anak syarikatnya yang menerima satu anak pokok setiap seorang untuk ditanam di sekitar kawasan perumahan masing-masing.

Pemberian anak pokok kepada kakitangan KSSB sebagai sokongan terhadap Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
Pemberian anak pokok kepada kakitangan KSSB sebagai sokongan terhadap Kempen Penanaman 100 Juta Pokok



“Penglibatan KSSB Semula JPSM dan anak syarikat yang lain membuktikan sokongan padu terhadap Program Penghijauan Malaysia - Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang tahun 2025 yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

“Ia juga menunjukkan kesungguhan syarikat dalam menyumbang kepada usaha penghijauan nasional,” jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penolong Pengarah Penghutanan Semula JPSM, Mohd Zuhir Ahmad berkata, mereka yakin setiap syarikat mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar dan masyarakat.

“Justeru, kempen dan aktiviti menanam anak pokok anjuran KSSB ini seharusnya diimplementasikan oleh semua organisasi dalam usaha menerapkan prinsip ESG serta menyokong usaha penghijauan negara yang sedang giat dijalankan,” katanya.

Pihak pengurusan KSSB bersama wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia selepas menjalankan demonstrasi penanaman anak pokok.
Pihak pengurusan KSSB bersama wakil Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia selepas menjalankan demonstrasi penanaman anak pokok.



Beliau juga berharap agar kempen yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan KSSB dan masyarakat mengenai kepentingan ESG dan pemuliharaan alam sekitar.

“Semoga inisiatif yang dijalankan ini akan mencetuskan perubahan positif dalam amalan perniagaan dan gaya hidup masyarakat ke arah kelestarian,” kata Mohd Zuhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!