Suspek kes bunuh di hentian bas disambung reman

Suspek (tengah) dikawal polis menuju ke lokap Mahkamah Kota Bharu.
Suspek (tengah) dikawal polis menuju ke lokap Mahkamah Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU – Reman terhadap suspek kes pembunuhan di kaki lima sebuah perhentian bas, disambung enam hari di Mahkamah Majistret, di sini, pada Isnin.

Perintah sambung reman ke atas suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Tempoh reman diarah berkuat kuasa bermula pada Selasa sehingga Ahad ini.

Permohonan reman terbabit bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada 16 Julai lalu, suspek direman selama tujuh hari dan berakhir pada Isnin.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan terbaring dipercayai ditikam pada bahagian belakangnya di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku,di sini, pada 13 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Lokasi kejadian mangsa ditemukan terbaring di perhentian bas di Kota Bharu.
Lokasi kejadian mangsa ditemukan terbaring di perhentian bas di Kota Bharu.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan selepas terdengar suara meminta tolong kira-kira jam 10 pagi.

Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!