Kelindan lori didakwa amang seksual, rogol kanak-kanak perempuan

Muhammad Hafizul didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen, Muar, pada Isnin.
Muhammad Hafizul didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen, Muar, pada Isnin.
A
A
A
MUAR - Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol seorang kanak-kanak perempuan pada April tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafizul Haziq Zulkefli, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak berusia 13 tahun bagi maksud seksual pada jam 2 petang, April 2023.

Kesalahan itu dilakukan di bilik tidur sebuah rumah di Pagoh di sini.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak lebih 20 tahun serta boleh dihukum dengan hukuman sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan tersebut di tempat dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan tidak boleh mengganggu mangsa.

Artikel Berkaitan:

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!