Air Selangor syarikat terbaik kategori Perkhidmatan Air

Air Selangor diiktiraf sebagai syarikat terbaik dalam kategori Perkhidmatan Air pada majlis Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2024.
Air Selangor diiktiraf sebagai syarikat terbaik dalam kategori Perkhidmatan Air pada majlis Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) diiktiraf sebagai syarikat terbaik dalam kategori Perkhidmatan Air pada majlis Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, anugerah pengurusan komuniti yang diperoleh itu merupakan satu penghormatan terhadap komitmen dalam memacu perubahan positif kepada komuniti akar umbi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, ia selari dengan janji jenama Air Selangor memastikan setiap titis bermakna untuk 9.3 juta pengguna.

“Di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara, Air Selangor telah melaksanakan tiga program utama iaitu Box of Hope, Sambutan Perayaan untuk Golongan Kurang Berkemampuan (Festive CSR) dan Pemerkasaan Pembelajaran Dalam Talian serta disokong oleh program sukarelawan kakitangan Hydro Heroes,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

No Image Caption

Tambah Adam Saffian, program perintis Box of Hope memberi impak besar kepada komuniti yang mana sebanyak 5,775 keluarga telah menerima manfaat sejak dilancarkan pada 2020.

Menurutnya, Air Selangor juga mengambil pendekatan proaktif dengan menyalurkan sumbangan ke rumah kebajikan semasa musim perayaan.

“Sejak 2021, Air Selangor mengagihkan bekalan bantuan kepada 3,746 penerima di 54 rumah kebajikan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

“Kami turut menyediakan akses kepada kursus pendidikan interaktif melalui Pemerkasaan Pembelajaran Dalam Talian kepada pelajar golongan B40 untuk terus menerima pendidikan berkualiti,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!