Remaja merajuk 'bawa' diri selepas ditegur ibu

Praveen Raj, 18, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman ibunya di Taman Lagenda Fasa 1, Teluk Intan pada Khamis lalu sebelum dilaporkan hilang.
Praveen Raj, 18, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman ibunya di Taman Lagenda Fasa 1, Teluk Intan pada Khamis lalu sebelum dilaporkan hilang.
A
A
A

TELUK INTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 Julai lalu.

Mangsa, GM Praveen Raj, 18, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman ibunya di Taman Lagenda Fasa 1 di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan kehilangan mangsa diterima daripada ibu mangsa sekitar jam 6.15 petang pada Ahad.

Menurutnya, berdasarkan keterangan ibu, mangsa keluar dari rumah dalam keadaan merajuk kerana ditegur terlalu asyik bermain permainan video PUBG di telefon bimbit.

"Kali terakhir remaja itu memakai jersi bola berwarna hitam dan merah serta berseluar sukan hitam paras lutut.

"Tinggi mangsa pula lebih kurang 170 sentimeter dengan berat anggaran 70 kilogram berambut kerinting serta bermisai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Adnan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6299222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!