Senator Joe Manchin sedia tawar diri sebagai calon presiden Demokrat

Joe Manchin. Foto AFP
Joe Manchin. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Senator Bebas, Joe Manchin sedang mempertimbangkan untuk menyertai semula Parti Demokrat dan menjadi calon bagi Pilihan Raya Presiden 2024, lapor media pada Ahad.

Terdahulu pada Ahad, Manchin menggesa Presiden Joe Biden agar tidak bertanding semula sebelum Biden mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding semula dan menyokong Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Presiden Demokrat, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan yang memetik sumber yang biasa dengan perkara itu, Manchin yang menukar pendaftaran partinya kepada Bebas pada Mei, sedang mempertimbangkan untuk bertanding menentang Harris.

Pencalonan Biden menjadi tumpuan berikutan prestasinya yang tidak memuaskan ketika berhadapan bekas Presiden Donald Trump dalam debat presiden akhir bulan lepas.

Menghadapi tekanan yang semakin meningkat, Biden, 81, berkata dalam surat yang disiarkan di media sosial bahawa ia adalah "penghormatan terbesar" dalam hidupnya untuk berkhidmat sebagai presiden.

"Walaupun menjadi hasrat saya untuk bertanding semula, saya percaya adalah demi kepentingan terbaik parti saya dan negara untuk saya berundur dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada melaksanakan tugas saya sebagai Presiden untuk baki penggal saya," katanya. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!