'Koronavirus konon merebak ke tiga negeri cuma berita palsu'
Pelbagai berita dan maklumat palsu tular di media sosial.
A
A
A
Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah Dr Mohd Faid Rashid menerusi aplikasi WhatApps kepada Bernama.
"Setakat ini tiada kes (sedemikian direkodkan)," katanya ringkas ketika ditanya mengenai maklumat yang tersebar dalam aplikasi WhatApps, hari ini.
Maklumat berkenaan mendakwa kononnya terdapat pesakit pertama suspek Wuhan nCov direkodkan dan ditahan di wad hospital berkenaan, malam semalam.
Di KUALA TERENGGANU, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menafikan terdapat pesakit yang dijangkiti penyakit 2019 novel koronavirus menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Pengarahnya Dr Nor Azimi Yunus berkata satu kenyataan dimuat naik dalam laman sosial Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original) oleh individu menggunakan nama 'Ali Dapicey' kononnya lima individu yang baru kembali dari Wuhan telah dimasukkan ke HSNZ akibat jangkitan itu.
"Pihak jabatan menafikan sepenuhnya kenyataan itu. Sehingga 26 Januari, tiada sebarang kes yang disyaki mengalami jangkitan koronavirus yang dimasukkan ke mana-mana hospital di Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, tular juga di aplikasi WhatsApp kononnya bapa kepada seorang murid Sekolah Kebangsaan Paka di Dungun menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSNZ kerana dijangkiti koronavirus setelah pulang dari mengerjakan Umrah.
Dr Nor Azimi berkata penyebaran maklumat tidak benar itu hanya akan mencetuskan kebimbangan rasa panik yang tidak berasas dalam kalangan masyarakat kerana tidak bersandarkan fakta yang tepat.
"Sehubungan itu, pihak kami meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih dan tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk di Terengganu.
"Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat tepat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengikuti perkembangan semasa melalui berita yang disebarkan media arus perdana berdasarkan sumber yang rasmi," katanya.
DI KUANTAN, Jabatan Kesihatan Pahang pula mengesahkan dakwaan kononnya berlaku kes 2019 novel koronavirus di Kuantan yang tular dalam laman sosial hari ini, adalah palsu.
Pengarahnya Datuk Dr Bahari Muda Awang Ngah berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan daripada hospital swasta atau merawat mereka yang disyaki menghidap penyakit itu di mana-mana daerah di Pahang.
"Kita berharap pengguna laman sosial lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam memuat naik perkara berkaitan penyakit ini supaya tidak menimbulkan kebimbangan dan mencetuskan suasana panik kepada masyarakat.
"Kami sudah meningkatkan pemantauan khususnya di kawasan tumpuan pelancong mengikut piawaian prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan berhubung perkara ini," katanya.
Seorang pengguna Twitter hari ini, menerusi entrinya mendakwa kononnya terdapat kes pertama Koronavirus direkodkan di daerah ini, dengan mendakwa pesakit itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada koronavirus di NS, Pahang setakat ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!