'Hasrat Haqim nak kahwin hujung tahun ini tak kesampaian'

Roha menunjukkan Whatsapp terakhir daripada Haqim yang sedang memasak barbeku.
Roha menunjukkan Whatsapp terakhir daripada Haqim yang sedang memasak barbeku.
A
A
A

KOTA TINGGI - "Haqim memang berhasrat nak bernikah dengan gadis pilihannya hujung tahun ini," kata Roha Robat, 52, ibu kepada Allahyarham Haqim Abdul Rahim Lee, 20, yang ditemukan lemas di Pantai Batu Layar, di sini ketika mandi bersama rakannya semalam.

Mayat Haqim ditemukan pada 7.45 pagi Isnin kira-kira satu kilometer (km) dari tempat terakhir dia dilihat.

Roha berkata, anaknya itu ada menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini, namun masih perancangan.

"Hasrat itu setakat cakap-cakap sajalah...persiapan apa pun masih tak buat lagi.

"Tetapi tidak sangka, hasratnya itu tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini pada Isnin.

Wanita itu berkata, anaknya itu juga tidak ada menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum keluar ke Pantai Batu Layar.

Malah katanya, dia sempat berkomunikasi dengan anaknya melalui Whatsapp mengadu jarinya terluka terkena pisau.

“Saya tak sangka itu merupakan perbualan terakhir saya dengan anak sebelum dia lemas ketika mandi di laut.

Artikel Berkaitan:

“Sebenarnya, dia jarang ke laut sebabnya tak pandai berenang. Tapi hari tu dia nampak seronok dan saya sempat berpesan kepadanya supaya jangan mandi laut.

“Dia kata, dia tak mandi laut cuma nak ‘bakor-bakor’ (barbeku) di pantai,” katanya.

Nor Alia Shafikah
Nor Alia Shafikah

Sementara itu, teman wanita Haqim, Nor Alia Shafikah Abas, 20, berkata, mereka sudah saling mengenai sejak enam tahun lalu ketika sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Jaya.

Malah katanya, mereka memang merancang untuk bernikah pada penghujung tahun nanti.

WhatsApp terakhir Haqim kepada Nor Alia Shafikah.
WhatsApp terakhir Haqim kepada Nor Alia Shafikah.

“Saya dan dia kawan dah lama...dah enam tahun, kita juga rancang tapi dari mulut ke mulut sahaja untuk ke step (langkah) seterusnya dan dijangka dalam hujung tahun inilah.

“Tapi tak sampai, ajal dia sampai dulu, jadi nak tak nak, saya kena reda. Whatsapp terakhir di pada 6.57 (Ahad), dia hantar gambar sunrise (matahari terbit)...itulah kali terakhir dan selepas itu saya dah tak dapat hubungi dia,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin, pada Isnin setelah segala urusan di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, selesai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!