Pemilik kafe tawar ganjaran RM10,000 bantu cari Jia Hui

Tular tawaran daripada Phang yang menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak tersebut.
Tular tawaran daripada Phang yang menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak tersebut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemilik kafe di bandar raya ini menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, pada malam Sabtu.

Pemilik Six Cafe Borneo di Taman Stulang Laut itu yang hanya mahu dikenali sebagai Phang berkata, tawaran itu dibuat kerana merasa sedih dengan nasib menimpa Albertine Leo Jia Hui, 6. selain mahu membantu keluarga kanak-kanak terbabit.

"Ini kerana saya mempunyai anak yang hampir sebaya dengan Albertine Leo Jia Hui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambah Phang lagi, pihak yang menjumpai kanak-kanak tersebut juga boleh menghubunginya di talian 011-36693611.

Kanak-kanak perempuan tersebut, disedari hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam Sabtu di lokasi kejadian.

Terdahulu tular tawaran daripada Phang yang menawarkan ganjaran tersebut dan sesiapa yang berjaya menemukan kanak-kanak itu boleh datang ke Six Cafe Borneo untuk mengambil wang berkenaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!