Data lengkap Banci Pertanian 2024 diumum tahun depan

Dr Mohd Uzir (empat dari kiri) memaklumkan sesuatu ketika melepaskan anak ikan di sesi lawatan kerja pelaksanaan BP 2024 peringkat negeri Pahang di Kampung Pulau Manis di sini pada Rabu.
Dr Mohd Uzir (empat dari kiri) memaklumkan sesuatu ketika melepaskan anak ikan di sesi lawatan kerja pelaksanaan BP 2024 peringkat negeri Pahang di Kampung Pulau Manis di sini pada Rabu.
A
A
A

PEKAN - Analisis data lengkap dari Banci Pertanian 2024 (BP 2024) yang dikumpul oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan diumumkan kepada umum pada suku pertama tahun hadapan.

Ketua Perangkawan merangkap Pesuruhjaya Banci, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi ringkasan data analisis pula akan dapat dikongsikan pengunjung tahun ini.

"Cerapan data berakhir pada 10 Oktober ini, Insha-ALLAH, analisis (data) terperinci, kalau dapat awal kita akan keluarkan pada suku pertama tahun 2025.

"Jadi, analisa data secara terperinci ini akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas sesi lawatan kerja pelaksanaan BP 2024 peringkat negeri Pahang di Kampung Pulau Manis di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar.

Jaafar (dua dari kanan) menyambut kehadiran Dr Mohd Uzir (empat dari kanan) sesi lawatan kerja pelaksanaan BP 2024 peringkat negeri Pahang di Kampung Pulau Manis di sini pada Rabu.
Jaafar (dua dari kanan) menyambut kehadiran Dr Mohd Uzir (empat dari kanan) sesi lawatan kerja pelaksanaan BP 2024 peringkat negeri Pahang di Kampung Pulau Manis di sini pada Rabu.

Dr Mohd Uzir menjelaskan, Malaysia akan mempunyai pangkalan data pertanian komprehensif merangkumi empat subsektor yang akan menjadi pusat rujukan kerajaan selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pengumpulan data ini penting dalam usaha mewujudkan pangkalan data masa nyata, komprehensif dan boleh dipercayai dalam empat sektor iaitu tanaman, ternakan, perikanan, akuakultur, perhutanan serta pembalakan.

Menurutnya, buat masa ini, data sektor pertanian sedia ada tidak disepadukan dengan baik kerana dibuat berdasarkan anggaran.

"Iltizam kami adalah (untuk) menghasilkan satu sistem pengkalan data (pertanian) berintegarasi dan data itu menjadi hak milik negara serta semua agensi boleh membuat pencarian.

"Data ini (akan dibentangkan) dalam Jawatankuasa teknikal bagi memastikan ia sentiasa dikemas kini dan sahih," katanya beliau lagi.

Dalam pada itu, Dr Mohd Uzir berkata, di Pahang, pembancian akan dijalankan kepada 83,550 Tempat Kediaman (TK) dan 1,996 pertubuhan atau entiti perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pertanian.

"Sehingga Jumaat lalu, sebanyak 13,609 TK yang telah dilawati manakala 10,636 TK telah selesai dibanci di Pahang," ujarnya.

Sehingga hari ke-16 sejak Banci Pertanian dimulakan di seluruh negara, sebanyak 14 peratus bancian telah selesai yang meliputi empat subsektor tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!