Nahas 10 kenderaan, lori muatan batu hilang kawalan

Lori membawa muatan batu antara yang terlibat dalam nahas melibatkan 10 kenderaan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur Semambu di Kuantan pada Isnin.
Lori membawa muatan batu antara yang terlibat dalam nahas melibatkan 10 kenderaan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran susur Semambu di Kuantan pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Semua pemandu 10 kenderaan yang terlibat nahas di Jalan Pintasan Kuantan selepas susur keluar Semambu di sini pada petang Isnin dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, nahas yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu melibatkan sebuah treler, lori, kenderaan pacuan empat roda, van dan enam kereta.

No Image Caption

Menurutnya, mangsa terlibat terdiri lapan pemandu lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 55 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika semua kenderaan terlibat dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke arah Indera Mahkota.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan batu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar kereta jenis Perodua Bezza yang berada di lorong kanan dan treler di lorong kiri," katanya.

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Wan Mohd Zahari berkata, akibat rempuhan itu, Perodua Bezza terlibat menggelongsor melanggar kenderaan lain yang berada di hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Akibat kemalangan tersebut, kesemua kenderaan mengalami kerosakan bagaimanapun tiada mangsa mengalami kecederaan," katanya.

Mangsa terlibat terdiri lapan pemandu lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 55 tahun.
Mangsa terlibat terdiri lapan pemandu lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 55 tahun.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Kejadian itu tular selepas videonya dimuat naik di laman sosial.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!