Kematian Zulfarhan: Nasib 18 bekas penuntut UPNM diketahui hari ini

Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain
A
A
A

PUTRAJAYA - Meskipun tujuh tahun sudah berlalu, namun kisah pemergian Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, sentiasa meniti dari bibir ke bibir.

Masakan tidak, kes itu baru sahaja melewati peringkat kedua prosiding, iaitu rayuan bagi sabitan dan hukuman membabitkan 18 bekas penuntut UPNM ini di Mahkamah Rayuan.

Kali pertama mereka didakwa ialah pada 14 Jun 2017, iaitu selepas 14 hari Zulfarhan meninggal dunia akibat didera dengan tekapan seterika wap di seluruh badan serta dipukul berhubung tuduhan kecurian sebuah komputer riba.

Hanya selepas empat tahun turun naik mahkamah, enam daripadanya didapati bersalah, menyebabkan kematian Zulfarhan dan dihukum penjara selama 18 tahun.

Tidak menunggu lama, mereka yang ditahan sejak tujuh tahun lalu, merayu di Mahkamah Rayuan di sini, agar hukuman bagi sabitan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan, digantikan kepada Seksyen 330 kanun sama iaitu kesalahan mencederakan dengan hukuman maksimum penjara tujuh tahun sahaja.

Dalam erti kata lain, jika panel tiga hakim yang mendengar prosiding itu, membenarkan rayuan dengan memutuskan hukuman penjara bermula tarikh tangkap, mereka boleh dilepaskan kerana telah selesai menjalani hukuman pemenjaraan.

Begitu juga dengan baki 12 lagi penuntut lain, yang dihukum penjara tiga tahun, sekiranya rayuan diterima, mahkamah boleh mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Bagaimanapun, hasrat mereka mungkin terkubur sekiranya mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan, untuk mengekalkan Seksyen 302 kanun sama.

Artikel Berkaitan:

Ia peruntukan hukuman gantung mandatori terhadap enam bekas penuntut tersebut manakala hukuman maksimum penjara tujuh tahun dikenakan terhadap 12 lagi penuntut lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!