Siapa pengganti Biden?

Joe Biden. Foto AFP
Joe Biden. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden meninggalkan jurang yang perlu dipenuhi anggota Demokrat.

Berikut adalah beberapa calon yang berpotensi menggantikan Biden.

Kamala Harris
Kamala Harris

1. KAMALA HARRIS

Beliau merupakan pilihan yang jelas dan Biden juga sudah memberi sokongannya.

Naib Presiden AS, Kamala Harris berada dalam kedudukan baik untuk mengetuai Parti Demokrat sejak Biden mengangkat sumpah pada Januari 2021.

Harris berusia 59 tahun dan seorang individu yang berjaya. Bapanya berasal dari Jamaica, manakala ibunya pula dari India.

Beliau merupakan individu kulit hitam dan wanita pertama untuk berkhidmat sebagai Peguam Negara California, dan kemudian menjadi Senator Amerika pertama berketurunan Asia Selatan.

Artikel Berkaitan:

Harris kini adalah wanita pertama dan Naib Presiden berkulit hitam yang pertama.

Sepanjang kerjayanya sebagai pendakwa, Harris mempunyai reputasi sebagai individu yang tegas.

Ia adalah satu ciri yang dimanfaatkannya dalam kempen yang dijangka memberi tumpuan kepada isu jenayah dan pendatang.

Namun, beberapa anggota Demokrat progresif mengkritik hukuman beratnya terhadap pesalah bawah umur yang dikatakan menjejas masyarakat minoriti secara tidak seimbang.

Harris juga berdepan tinjauan pendapat tidak memuaskan yang boleh menyebabkan Parti Demokrat mencari jalan penyelesaian lain.


Gavin Newson
Gavin Newson

2. GAVIN NEWSON

Tiada peraturan yang menetapkan bahawa pasangan calon akan menggantikan calon Presiden secara automatik sekiranya ada pengunduran diri. Itulah sebab nama Gabenor California, Gavin Newsom sering muncul.

Anggota Demokrat berusia 56 tahun itu merupakan bekas Datuk Bandar San Francisco selama lima tahun.

Sejak beberapa bulan lalu, beliau meningkatkan jumlah lawatan antarabangsanya, mengendalikan iklan yang mempromosikan pencapaiannya dan melabur jutaan dolar ke dalam jawatankuasa tindakan politik sehingga mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan bertanding pada 2028.


Gretchen Whitmer
Gretchen Whitmer

3. GRETCHEN WHITMER

Seorang lagi calon Demokrat ialah Gretchen Whitmer iaitu Gabenor Michigan berusia 52 tahun.

Michigan mempunyai kedua-dua masyarakat kulit hitam dan Arab, kumpulan pengundi penting di mana Biden gagal mendapatkan sokongan mereka.

Whitmer, seorang pengkritik kuat Trump dan lebih dikenali sebagai sasaran rancangan penculikan oleh sebuah kumpulan berhaluan kanan.

Michingan juga adalah salah satu medan pertempuran pada pilihan raya, 5 November.

Josh Shapiro
Josh Shapiro

4. JOSH SHAPIRO

Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro mendahului wilayah yang mempunyai sokongan kedua-dua parti Demokrat dan Republikan pada pilihan raya November.

Shapiro, 50, dilantik pada November 2022 dengan kemenangan besar mengatasi seorang pesaing konservatif dan beliau berkhidmat pada awal 2023. Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Peguam Negara Pennsulvania sebanyak dua kali.


JB Pritzker
JB Pritzker

CALON LAIN

Calon-calon lain termasuk Gabenor Illinois, JB Pritzker; Gabenor Maryland, Wes Moore dan Gabenor Kentucky, Andy Beshear, Namun, peluang mereka kelihatan terhad setakat ini.

Senator Amy Klobuchar dan Setiausaha Pengangkutan, Pete Buttigieg, kedua-duanya bertanding menentang Biden dalam pemilihan calon Presiden 2020 juga disebut-sebut sebagai calon. - AFP - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!