Lukisan Michael Jackson bakal dilelong di Los Angeles
LOS ANGELES - Peminat dan pengumpul memorabilia Michael Jackson akan berpeluang untuk memiliki hasil lukisan Raja Pop itu dalam satu lelongan pada Ogos nanti.
Firma lelongan King's Auctions memaklumkan, sejumlah 78 hasil karya Michael Jackson akan dilelong dengan setiap satu ditandatangani oleh beliau sendiri.
Sesi lelongan tersebut akan diadakan pada 3 Ogos di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS).
Michael Jackson meninggal dunia pada tahun 2009 pada usia 50 tahun akibat terlebih dos ubat tidur.
Mendiang dikatakan meminati seni lukisan sejak kecil lagi dan sering melukis sebagai hobi ketika dalam lawatan persembahan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!