Bapa Allahyarham Zulfarhan pakai baju tertera #sayNOtoBULLY

Zulkarnain memakai baju T tertera tulisan #justice4farhan #sayNOtoBULLY #humanity untuk arwah anaknya, Allahyarham Zulfarhan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Selasa.
Zulkarnain memakai baju T tertera tulisan #justice4farhan #sayNOtoBULLY #humanity untuk arwah anaknya, Allahyarham Zulfarhan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Beberapa ahli keluarga kepada Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilihat mula tiba di Mahkamah Rayuan di sini pada jam 8.35 pagi.

Bapa mangsa, Zulkarnain Idros, 60, juga dilihat memakai baju T tertera tulisan #justice4farhan #sayNOtoBULLY #humanity.

Kesemua mereka kelihatan tenang sebelum memasuki bilik bicara Mahkamah Rayuan jam 8.45 pagi.

Sinar Harian melaporkan keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu akan diketahui di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.

Zulkarnain berjalan masuk ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Selasa.
Zulkarnain berjalan masuk ke Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Selasa.

Keputusan itu akan diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada jam 9 pagi.

Seramai enam daripada 18 bekas penuntut yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 18 tahun merayu agar sabitan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan, digantikan kepada Seksyen 330 kanun sama iaitu kesalahan mencederakan dengan hukuman maksimum penjara tujuh tahun sahaja.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Artikel Berkaitan:

Zulkarnain (dua dari kanan) dilihat tenang dan bersembang dengan ahli keluarga sebelum masuk bilik bicara di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Selasa.
Zulkarnain (dua dari kanan) dilihat tenang dan bersembang dengan ahli keluarga sebelum masuk bilik bicara di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!